Bahasa Jiwa Bangsa
Blogger’s General Warning: The following entry was written between 5 and 6 a.m. Just goes to show, don’t let the Gremlin type after midnight.
Selamat sejahtera kanak-kanak. Hari ini Kak Yam akan bercerita dalam Bahasa Melayu atau kalau hendak lebih muhibbah/ nasionalistik, Bahasa
Wahai Cikgu BM lamaku, aku bilingual-lah siiiooot!!!!!! (Malangnya, aku tak tahu perkataan Melayu untuk ‘bilingual’. Dwibahasa? Dwilingua? Bilingua? Nak guna takut DBP marah dan tuduh aku mencemarkan Bahasa. Yang RTM tu guna ‘Bajet’ untuk menggantikan ‘Perbelanjawan’ apa halnya? Dan di Putrajaya, jalan dipanggil ‘Presint’ ala ‘Precinct’ kat
Dulu masa aku di sekolah rendah (darjah 4) aku johan sajak Bahasa Melayu dan juga syair. Bila aku bagi tahu kawan-kawan baru tentang kejayaan zaman silamku, diorang gelak, tak percaya. Sial betul. Benda yang aku memang buat lawak, tak nak gelak. Aku fahamlah suara aku sekarang, setelah dicemar dengan beribu-ribu batang Setan British American Tobacco, bunyi macam katak hisap ekzos Bas Mini dan kurang merdu untuk menyair. Yang aku tak faham, diorang tanya aku kalau aku betul-betul faham ke sajak yang aku deklarasikan. Bah! Aku kata masa Darjah 6, aku wakil sekolah untuk Pertandingan Perbahasan BM dan juga pertandingan Balas Pantun. Kawan-kawan baru yang tak guna ni, diorang gelak sampai meninggal dunia, terus jadi Angkasawan
Memang, sekarang secara skemanya, BM aku dah karat. Tetapi, bak kata pepatah Melayu yang aku reka sendiri, “Sekarang karat, dahulunya berkilat.” Sebab itulah aku wakil sekolah dalam pertandingan Balas Pantun. Walaubagaimanapun, aku kalah di pusingan pertama. Dengan teruk. Tambahan pula, aku pakai skirt pendek dan aku lupa duduk elok-elok. Sambil asyik memikirkan pantun, aku duduk kangkang luas-luas depan para panel hakim dan penonton sampai semua orang tahu seluar dalam aku berwarna pink yang dihiasi dengan corak rama-rama. Aku jumpa balik lawan aku 2-3 tahun kemudian, dia kata, “Oh, engkaulah budak yang pakai seluar dalam rama-rama tu!”
Malu tu, kucing pun tahu malu. Ini bukan malu, ini trauma. Mungkin sebab itulah aku dah lama tak berpuisi dalam BM. Tetapi sekarang aku dah tak kisah. Seluar aku selalu londeh (eh, betul ke eja ni?), tak payah kangkang pun boleh nampak seluar dalam. Dan kalau hari yang aku pakai seluar tapi tak pakai seluar dalam, anggaplah dirikau bertuah dapat melihat buntut ku yang cantik menawan seperti dua biji papaya tua kecut yang monyet kebuluran pun tak ada selera nak makan.
Aku kata kat kakak aku yang aku tiba-tiba teringin menulis karya dalam BM. Dia sangsi dengan kebolehan aku menulis dalam BM. “The end result will probably be rubbish,” dia kata. Aku kata aku tulis dalam Bahasa Inggeris pun aku tak akan menang apa-apa anugerah sastera. Anugerah blog pun takde. (Yang tu dapat kat minah-minah gedik yang suka tampal banyak-banyak gambar muka diorang beraksi ayu. Ah, memang aku cemburu sebab muka aku lebih layu daripada ayu.) Apa bezanya kalau aku tulis dalam BM? Lebih-lebih lagi, ‘bahasa jiwa bangsa’. Malangnya bangsa ini banyak yang sakit jiwa. Kah Kah Kah (kah-kah-kah ni gelak antagonis Melayu klasik; antagonis Mat Saleh suka gelak Muah-ha-ha.)
Tadi aku main gitar burukku yang D-stringnya terputus dan sengaja aku biar tak ganti sebab macam ‘cool’ dan ‘indie’ kalau main gitar 5-string (sebenarnya, aku malas nak ganti). Sambil aku berkugiran dan melalak macam anjing kena makan buaya, terkeluar pula perkataan-perkataan BM dari mulutku secara spontan tetapi memberikan mesej yang kohesif secara keseluruhannya. Biasanya, aku tulis lirik lagu dalam Bahasa Inggeris tetapi agaknya tadi, subconscious aku yang nyanyi kot. Nampaknya Subconscious aku cakap BM walaupun aku tak tahu perkataan Melayu untuk subconscious. Subconscious aku ni memang kekurangan kebolehan artistik; lirik yang diciptanya buat aku hampa sampai nak gelak sebab kalau nangis pun buat rugi air mata sahaja. Ya, kamu nak baca lirik lagunya? Kalau tak nak, pejamlah mata kamu wahai manusia ataupun kamu boleh pergi dari sini untuk melayari berjuta-berjuta halaman web lucah tetapi kalau takut dosa, pejamlah mata kamu juga wahai manusia. Ah, ini dia lirik lagu Melayu aku yang belum siap dan tidak akan disiapkan sebab tak lulus otakku punya Quality Assurance Manager:
Oh, kau di bawah lembayung ketakutan,
Di mana lain berpijak, di situ kamu menjunjung.
Jelas kata-katamu hanyalah helah minda yang lena,
Baying-bayang tidak berpunya
Tidak akan bersuara
Sedekad berkurung dalam mimpi,
Terjaga dalam gua
Apakah bezanya?
Aku sekarang, baru mula membaca buku Steppenwolf karya Herman Hesse. Dulu aku baca bukunya, Narcissus & Goldmund dan Siddharta dan aku jatuh suka dengan karya tulisannya sebab aku perasan Herman Hesse ni sama jenis sakit jiwa dengan aku. Dalam Steppenwolf,
Tengok, sekarang aku dah lari topik. Blah! Aku nak pergi tidur lah. Sekian, terima kasih.